Friday 16 September 2011

1.5cc

     Pada 14/9/2011,hari rabu yang lalu,aku dah sah ambilalih tanah sebelah bendang aku tu.Tanah itu hak punya sepupu aku.Buat permulaan,aku dah bayar rm 2,500.00 .Kali akhir aku bayar pada tarikh di atas jam 9.30 am sebanyak rm 300.00 bagi mencukupi jumlah besar di atas.Baki akan aku bayar sebulan dari tarikh tsb.Itu tarikh paling awal,bergantung loan aku pada Separa,unit pengurusan sawah aku selama ini.

     Cabaran buat aku bila dapat usaha tanah sawah ini kerana sebahagian besar di penuhi padi angin.Agaknya dalam 60% keluasan ditumbuh padi angin.Aku yakin dan percaya mampu mengurangkannya,kalaupun tak mengawalnya 100%.Target dalam lingkungan 3 tan buat permulaan.Dapatla aku bagi kemudahan tambahan pada anak-anak aku dengan hasilnya nanti.Syukran,syukran...

     Aku mempertaruhksn  padi mr 276.Kaedah kawal padi angin dengan tabur dalam petak menakung air sehingga tempoh 5 hari dan dilepaskan air sampai padi terjengoi keluaq" di atas,,hehe...Agak dalam 10-15 persen padi angin.Kira ok la.

Monday 12 September 2011

Clear Field

     Pada pukul 9.15 tadi,dengan perlahan-lahan merayap atas jalan menghala ke arah Alor Setar.Dengan bekal duit 400 hinggit,pi ke kilang padi Sah.Lbh kurang 3 suku perjalanan ke A Setar,sampailah ke kilang tsb.Niat nak beli padi benih mr 219 ,tanaman untuk benih.Dapat la fulus lebeh kit kalu boleh daftar masuk.
     
      Jumpa itu pegawai kat kilang,dia maklum bahawa kuota utk projek benih padi dah penuh.Tinggal untuk kuota padi Clear Field saja yang ada.Tu pon dah tak banyak yang tinggal.Aku jadi mati akai sbb plan tak menjadi.Silap aku jgk sbb asyik duk tangguh nak ke kilang padi ini.


      Rasanya baik jg daftar utk buat benih dari tak dapat daftar utk mr 219.Padi Clear Field (CF) ni sebenaqnya adalah padi penghapus padi angin.Ia didatangkan dgn pakej padi benih dan racun dengan kos rm 200/relong.Racun tsb musnahkan semua jenis tumbuhan,termasuk pokok padi,kecuali padi jenis CF ini sahaja.

      Khabarnya,padi CF ini tak la tinggi hasilnya spt padi lain.Buahnya tak sebanyak mr 219 atau mr 220,tapi sangat sesuai pada kawasan bendang yang ada padi angin banyak, sekitar 50 atau lebih.Ianya lebih praktikal dan menjadi jawapan kepada masalah padi angin.

      Pikir punyaa pikir,aku tak jadi dengan CF ini.Hanya daftar sebagai pra projek benih.Ini bermakna musim akan datang,aku blh la masuk kuota padi benih mr 220 ataumr 219.Untuk musim ini,bendang aku akan dimasukkan dalam program Cuci Padang.Maknanya persediaan utk tanaman benih pada musim depan.Musim ni tak da la duit extra.Takpa la.Kira ok tu.

MR 276

     Petang td,jam 6,pi rmh Ag reynox dengan Ari Kacang.Ambik benih padi mr 276.Benih ni diusahakan oleh sorang pak tani yang sangat komited dengan bendang.Order sbanyak 160 kg.Hega bole tahan iaitu stengah ribu.Untung kira cukup tua.rm 520.00 jmlahnya.Satu kilo mau rm 3.25 wooo.Apa mau buat sbb wa dah janji sama sdr Ag. Maka meleretlah Aura aku tu.Mujurla tak jauh sgt,lbh krg 7 km sj.

    Sebenaqnya aku dah 2 musim pakai benih jenis ni.Oleh kerna yang aku punya tak brapa ok sbb ada padi angin,walaupn sikit,tak elok nk bawa kedepan.Silap aku jgk sbb tak buang padi angin tu sbb waktu tu urat balog dah timbui maaa...    

     Aku sangat puas hati dgn prestasi 276 nih.1.25 ekar dapek 2.73 tan.Kira byk la ikut taraf balog aku ni.Dia ni tahan juga pnyakit terutama karah,seludang.Dah dilulus oleh JP pon taktau.Karim yang ambik benih padi ni kat aku musim lepas pn jual sbg padi benih dekat 2 tan.Ada 10 orang yang ambik waktu tu kat aku.Semua kabarnya nak bawa lagi musim ne.Aku tumpang syiok ee...