Monday 12 September 2011

Clear Field

     Pada pukul 9.15 tadi,dengan perlahan-lahan merayap atas jalan menghala ke arah Alor Setar.Dengan bekal duit 400 hinggit,pi ke kilang padi Sah.Lbh kurang 3 suku perjalanan ke A Setar,sampailah ke kilang tsb.Niat nak beli padi benih mr 219 ,tanaman untuk benih.Dapat la fulus lebeh kit kalu boleh daftar masuk.
     
      Jumpa itu pegawai kat kilang,dia maklum bahawa kuota utk projek benih padi dah penuh.Tinggal untuk kuota padi Clear Field saja yang ada.Tu pon dah tak banyak yang tinggal.Aku jadi mati akai sbb plan tak menjadi.Silap aku jgk sbb asyik duk tangguh nak ke kilang padi ini.


      Rasanya baik jg daftar utk buat benih dari tak dapat daftar utk mr 219.Padi Clear Field (CF) ni sebenaqnya adalah padi penghapus padi angin.Ia didatangkan dgn pakej padi benih dan racun dengan kos rm 200/relong.Racun tsb musnahkan semua jenis tumbuhan,termasuk pokok padi,kecuali padi jenis CF ini sahaja.

      Khabarnya,padi CF ini tak la tinggi hasilnya spt padi lain.Buahnya tak sebanyak mr 219 atau mr 220,tapi sangat sesuai pada kawasan bendang yang ada padi angin banyak, sekitar 50 atau lebih.Ianya lebih praktikal dan menjadi jawapan kepada masalah padi angin.

      Pikir punyaa pikir,aku tak jadi dengan CF ini.Hanya daftar sebagai pra projek benih.Ini bermakna musim akan datang,aku blh la masuk kuota padi benih mr 220 ataumr 219.Untuk musim ini,bendang aku akan dimasukkan dalam program Cuci Padang.Maknanya persediaan utk tanaman benih pada musim depan.Musim ni tak da la duit extra.Takpa la.Kira ok tu.

No comments:

Post a Comment